Thursday, 11 August 2011

MORFOLOGI DALAM KARANGAN


Tatabahasa sebagai Satu Aspek
Sistem Bahasa
1.0Konsep Tatabahasa
•Tatabahasa adalah susunan bahasa yang dijelmakan dalam bentuk rumus-rumus bahasa.
•Manusia berbahasa berdasarkan tatabahasa. Tatabahasa menjadi panduan pengguna bahasa    membina kata dan ayat
•Tujuan utama dalam tatabahasa yang disusun supaya pelajar dapat menggunakan bahasa berkenaan dengan betul persis penutur asli
•Tatabahasa menjadi komponen yang sangat penting dalam pendidikan bahasa. Dengan menguasai tatabahasa, kita dapat menggunakan pelbagai bentuk kata, dan pelbagai pola ayat
•Tatabahasa merupakan sendi sistem bahasa kerana dalam tatabahasalah terdapatnya unsur-unsur atau aturan-aturan berbahasa, sama ada untuk bahasa lisan ataupun tulisan.

2.0Komponen  Tatabahasa
Dua komponen : morfologi dan sintaksis
-Morfologi ialah  bidang mengkaji bentuk kata
  dan pembentukan kata.
-Sintaksis ialah bidang yang mengkaji binaan
  ayat dan proses pembinaan ayat.

3.0Konsep Morfologi
Nik Safiah Karim et al.(1993)
-menjelaskan bahawa
  morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur,
  bentuk dan penggolongan kata.
-Perkataan dalam sesuatu bahasa mengandungi bentuk.
  Empat bentuk kata dalam BM, iaitu kata tunggal, kata
  terbitan, kata ganda dan kata majmuk. Contohnya:
     -batu (kata tunggal)
     -batuan (kata terbitan)
     -batu-batu (kata ganda
     -kepala batu (kata majmuk)

i.Kata tunggal
     Ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, yakni
yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain
(TatabahasaDewan, 1993: 47).
    Bentukkata tunggaldapatmengalamiproses morfologi, iaituproses membentukperkataan
yang lain melaluiproses pengimbuhan, penggandaandanpemajmukan.
Contohnya:rumahàmerumahkan,rumah-rumah,rumahsakit

ii.Kata terbitan
      -Ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat
atau menerima imbuhan, baik awalan, sisipan, akhiran atau apitan
(Tatabahasa Dewan, 1993:48).
   -Awalan yang terlibat dalam mengubah bentuk
imbuhan ialah beR-, teR-, meN-, dan peN-.
     -Bentuk-bentuk itu adalah seperti yang berikut:
peN-: pe-, pen-, pel-, pem-, peng-dan penge-meN-:me-, men-, mem-, meng-dan menge-
beR-:ber-, be-dan bel-teR-:ter-, tel-dan te-.

iii.Kata majmuk
      -Ialah  proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan
bentuk yang terhasil membawa makna tertentu Tatabahasa Dewan(1993: 73).
     -Kata majmuk mengandungilebih daripada satu kata dasar. Misalnya,
tanggungjawab ialah satu kata tunggal yang mengandungi makna tertentu, yang terdiri daripada dua iaitu :
kata dasar tanggung dan jawab.
      -Ada dua bentuk ejaan kata majmuk, iaitu
ditulis secara terpisah dan bercantum.

iv.Kata ganda atau kata ulang
-ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu, dan
dengan imbuhan atau tanpa imbuhan (Tatabahasa Dewan, 1993:49).
-Dalam Tatabahasa Dewan (1993:77) ada tiga jenis kata ganda, iaitu kata ganda
penuh/seluruh, kata ganda separa/separuh dan kata ganda berentak/berima/bersajak.

4.0Konsep Kesalahan Bahasa
-Kesalahan bahasa sebagai penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujuibersama, sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata atau susunan frasa dan ayat. (Nik Safiah Karim, 1980: 10).
Kesalahan bahasa dari sudut :
@perkataan (morfologi)
@ayat (sintaksis)
@makna (semantik)
@fonologi (bunyi)
@intonasi

5.0Kesalahan Morfologi
Kesalahan morfologi :
penggunaan kata
pengimbuhan
penggandaan
pemajmukan

5.1Kesalahan Penggunaan Kata
Kesalahan penggunaan :
i.kata nama
ii.kata kerja
iii.kata adjektif
iv.kata tugas

5.2.1Kata Ganti Nama Diri
i.Penggunaan kata ganti nama diri yang salah.
Penggunaan “beliau” untuk orang yang tidak dihormati dan
untuk binatang.
*Beliau ditangkap kerana mengedarkan dadah.
Dia/Ia ditangkap kerana mengedarkan dadah.
*Kucing ini comel. Beliau disayangi oleh adik.
Kucing ini comel dan disayangi oleh adik.

ii.Penggunaan “ia,” “dia” dan “mereka” bukan untuk
manusia :
*Kasut itu sangat mahal. Ia diimport dari Itali.
Kasut itu sangat mahal.  Kasut itu diimport dari
Itali.
*Kucing itu sakit. Ia/dia asyik tidur.
Kucing itu sakit. Kucing itu asyik tidur.
*Barang-barang ini berat. Mereka tidak terangkat oleh saya.
Barang-barang ini berat, tidak terangkat oleh saya.

iii.Mengulang kata ganti diri ketiga yang
membawa maksud jamak.
*Mereka-mereka itu jiran saya.
Mereka itu jiran saya.
*Kakak membeli lima bili epal. Mereka masih
segar.
Kakak membeli lima bili epal.  Epal tersebut masih segar.

iv.Menjarakkan penulisan kata ganti diri singkat (kau, mu dan ku)
a. *Jawapan yang kau berikan itu tepat.
Jawapan yang kauberikan itu tepat.
b.*Kerja itu sudah ku siapkan.
Kerja itu sudah kusiapkan.
c.*Ambillah pemberian ku ini.
Ambillah pemberianku ini.
d.*Aku bertemu dengan sahabat mu tadi.
Aku bertemu dengan sahabatmu tadi.

v.Kata mu dan nya yang digunakan bagi menggantikan nama Tuhan tidak ditulis
denganhuruf besar di pangkal kata itu serta tidak diberi tanda sempang
a.*Daripadanya kita datang, kepadanya kita kembali.
Daripada-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali.
b.*Berikanlah hidayatmu kepadaku, ya Allah.
Berikanlah hidayat-Mu kepadaku, ya Allah.

vi.Menggandingkan kata nya dengan ia menjadi ianya
*Udara penting kepada manusia kerana ianya diperlukan untuk pernafasan.
Udara penting kepada manusia kerana diperlukan untuk pernafasan.

5.2.2Kata Ganti Tak Tentu
Menyamakan kata ganti tak tentu dengan kata
ganti tanya.
a.*Apa yang diberitahukannya itutidak benar.
Apa-apa yang diberitahukannya itu tidak benar.
b.*Pilihlah yang mana kamu suka.
Pilihlah yang mana-mana kamu suka.
c.*Siapa yang menceroboh akan didakwa.
Siapa-siapa yang menceroboh akan didakwa.

5.3Kata Kerja
5.3.1Kata Kerja Tak Transitif
i.Menggugurkan awalan pada kata kerja tak transitif (ber-, ter-)
a.*Dia senyum kepada saya.
Dia tersenyum kepada saya.
b. *Dia tanya kepada saya.
Dia bertanya kepada saya.

ii.Kata kerja tak transitif apabila diperluas dengan kata nama perlu diikuti oleh frasa sendi.
a.Kami sudah lupa akan peristiwa itu.
* Kami sudah lupa peristiwa itu.
b.Kami berbincang tentang perkara itu.
* Kami berbincang perkara itu.
c.Adik berminat pada muzik.
*Adik berminta muzik.

iii.Menggunakan kata sendi selepas kata kerja tak transitif berapitan
ber…kan
a.*Dia bertanyakan tentang hal itu.
Dia bertanyakan hal itu.
Dia bertanya tentang hal itu.
b. *Dapatan kajian itu berdasarkan pada soal selidik.
Dapatan kajian itu berdasarkan soal selidik.
Dapatan kajian itu berdasar pada soal selidik.

iv.Menggugurkan awalan kata kerja tak transitif dalam ayat perintah yang berpredikat kata kerja tak transitif.
a.*Hiburlah di tempat itu.
Berhiburlan di tempat itu.
b.*Seberanglah dengan hati-hati.
Menyeberanglah dengan hati-hati.
c.*Jangan lompat di situ.
Jangan melompat di situ.

5.3.2Kata Kerja Transitif
i. Menggugurkan awalan pada kata kerja transitif.
a.*Dia sedang baca buku.
Dia sedang membaca buku.
b.*Kamal tendang bola itu.
Kamal menendang bola itu.

ii.Kata kerja transitif memerlukan kata nama sebagai objek.  Oleh itu, selepas kata kerja transitif tidak boleh diikuti oleh frasa sendi nama.
(a)*Kami belum memikirkan tentang usul itu.
Kami belum memikirkan usul itu.
(b)*Penulis itu telah menghasilkan lebih daripada lima buah novel.
Penulis itu telah menghasilkan lebih lima buah novel.

5.4Kata Adjektif
i. Kata penguat digunakan sebelum dan selepas kata adjektif serentak.
a.*Ravi paling tinggi sekali di kelas nya.
Ravi paling tinggi di kelas nya.
Ravi tinggi sekali di kelas nya.
b.*Baju-baju di butik itu amat cantik sekali.
Baju-baju di butik itu amat cantik.
Baju-baju di butik itu cantik sekali.
ii. Kata sendi akan disingkatkan menjadi -kan lalu
diimbuhkan seolah-olah akhiran pada adjektif.
*percayakan orang itu
percaya akan/kepada orang itu
*takutkan hantu
takut akan hantu

iii.Kata penguat digunakan sebelum atau selepas frasa adjektif yang terdiri daripada
kata adjektif berawalan ter-
a.*Bangunan Berkembar Petronas merupakan bangunan yang tertinggi sekali di Malaysia.
Bangunan Berkembar Petronas merupakan bangunan yang tertinggi di Malaysia.
b.*Dia mendapat markah yang paling tertinggi.
Dia mendapat markah yang tertinggi.

iv.Kata adjektif yang didahului oleh kata sendi dengan memerlukan kata adjektif itu dilekati
kata –nya untuk membentuk frasa sendi nama.
a.Munirah tidur dengan lenanya.
*Munirah tidur dengan lena.
b.Budak itu menjerit dengan kuatnya. 
*Budak itu menjerit dengan kuat.
c.Kura-kura berjalan dengan lambatnya.
*Kura-kura berjalan dengan lambat.

v.Kata adjektif yang meunjukkan perasaan perlu disertai kata sendi  “akan” apabila diperluas
dengan kata nama.
* benci dia
* bencikan dia
benci akan dia
*suka kucing
*sukakan kucing
suka akan kucing

vi.Bandingan yang berbeza dinyatakan dengan menggunakan rangkai kata
lebih…daripada atau kurang … daripada
(a) Sham lebih bijak daripada Daud.
*Sham lebih bijak dari Daud.
(b) Pendapatan  Azman lebih besar daripada pendapatan saya.
* Pendapatan  Azman lebih besar dari pendapatan saya.
(c) Gerai itu kurang bersih daripada gerai ini.
* Gerai itu kurang bersih dari gerai ini.
(d) Perniagaannya kurang maju daripada perniagaan adiknya.
*Perniagaannya kurang maju dari perniagaan adiknya.

vii.Kurang mengetahui bahawa “sungguh” sebagai kata penguat bebas, dan tidak boleh
disertai dengan kata penguat yang lain.
*Lelaki itu sungguh baik sekali.
Lelaki itu sungguh baik.
Lelaki itu baik sungguh.

viii. Kata penguat sangat apabila digandakan menjadi sangat-sangat membawa maksud
penekanan.
-Kerjasama semua pihak sangat-sangat diharapkan bagi menjayakan program itu.

5.5Kata Tugas
5.5.1Kata Hubung
i.Menggunakan kata yang bukan jenis kata hubung.
a. *Novel itu adalah karangan Talib Samad yang mana dikarang ketika beliau di luar negeri.
Novel itu adalah karangan Talib Samad yang dikarang ketika beliau di luar negeri.
b.  *Seperti mana yang kita ketahui, majlis ini diadakan untuk mengutip derma.
Seperti yang kita ketahui, majlis ini diadakan untuk mengutip derma.

ii.Kata-kata dari kelas yang lain digunakan sebagai kata
hubung.
*Ali datang lambat sebab ketinggalan bas.
Ali datang lambat oleh sebab ketinggalan bas.
Ali datang lambat kerana ketinggalan bas.

iii. Menggunakan dua kata hubung yang
mendukung makna yang sama.
*jika sekiranya gunakan jika atau sekiranya
*kalau sekiranya gunakan kalau atau sekiranya
*agar supaya gunakan agar atau supaya

iii.Menggantikan kata hubung bahawa dengan kata hubung relatif yang.
a.*Dia memberitahu yang dia tidak dapat datang.
Dia memberitahu bahawa dia tidak dapat datang.
b.*Saya tidak tahu yang dia anak jiran saya.
Saya tidak tahu bahawa dia anak jiran saya.

iv.Menggunakan kata tanya sebagai kata hubung
(a) *Kami akan datang bila bapa kami sudah pulang.
Kami akan datang apabila bapa kami telah pulang
(b)*Novel itu adalah karangan Shahnon Ahmad yang mana
dikarang ketika beliau di luar negeri.
Novel itu adalah karangan Shahnon Ahmad 
yang dikarang ketika beliau di luar negeri.
(c) *Seperti mana yang kita ketahui, majlis ini diadakan untuk mengutip derma.
Seperti yang kita ketahui, majlis ini diadakan untuk mengutip derma.

v.Penggunaan ini kerana sebagai akibat
pengaruh bahasa Inggeris.
*Ini kerana negara kita akan mencapai status negara maju pada 2020.
Hal ini demikian kerana negara kita akan mencapai status negara maju pada 2020.

vi.Kata hubung justeru digabungkan dengan itu lalu membentuk justeru itu kerana menganggap justeru itu bermaksud oleh itu. Kata justeru mendukung makna “malahan” atau “bahkan.” Oleh itu, tidak tepatlah penggunaan justeru itu kerana tidak wujud bentuk malahan itu atau
bahkan itu.
*Saya tidak pernah mengkhianati Ali, justeru itusaya menolongnya.
Saya tidak pernah mengkhianati Ali, justeru saya menolongnya.
*Justeru juga tidak boleh berada di awal ayat.

vii.Kesalahan penggunaan kata hubung antara ayat juga kerap dilakukan.
*Sehubungan  itu, ada sesetengah pelajar masih tidak mengambil berat akan aspek kesihatan.
Sehubungan dengan itu, ada sesetengah pelajar masih tidak mengambil berat akan aspek kesihatan.
Kata sehubungan terdiri daripada imbuhan se-yang membawa makna “sama,” dan kata
hubungan yang mendukung makna “kaitan, pertalian”. Oleh sebab
kata dengan tidak terangkum dalam maksud hubungan, maka kata dengan harus ada bagi
menjadikan ayat itu gramatis.

viii.Menggugurkan kata sendi pada unsur kedua dalam ayat gabungan yang tidak
menggunakan kata hubung.
a.*Dia berpindah dari bandar desa.
Dia berpindah dari bandar ke desa.
b.*Ayat itu diubah dari bentuk aktif bentuk pasif.
Ayat itu diubah dari bentuk aktif kepada bentuk pasif.

5.5.2Kata Sendi
i.Ada beberapa kata sendi nama yang dapat menganggotai golongan kata yang lain
apabila ditinjau dari segi  penggunaannya dalam ayat.
-Saya tidak tahu akan perkara itu. (kata sendi)
-Saya akan pergi ke sana. (kata bantu)
-Hadiah ini untuk ibu. (kata sendi)
-Sukar bagi Ali  untuk membuatkeputusan.(kata hubung)

ii.Terdapat pula kata kerja yang dapat berfungsi sebagai kata sendi.
(a) Cerita itu mengenai kekejaman perang.
(b) Mereka mengemukakan cadangan melalui jurucakap mereka.
(c) Idea-idea tersebut dikumpulkan menerusi beberapa rencana.
(d)Menurut Islam, manusia berasal daripada tanah.

iii.Kata sendi di atau kepada digunakan pada tempat ke.
a.*dihempaskannya di/kepada  tanah.
dihempaskannya ke tanah.
b.*Ali sudah berpindah di Ipoh.
Ali sudah berpindah ke Ipoh.

iv. Kata sendi ke atau frasa sendi ke atas digunakan pada tempat
kepada.
a.*Buku itu dipulangkan ke pustakawan.
Buku itu dipulangkan kepada pustakawan.
b.*Sikapnya yang buruk itu meninggalkan kesan yang buruk ke atas adiknya.
Sikapnya yang buruk itu meninggalkan kesan yang buruk kepada adiknya.

iv.Kata sendi dengan digunakan pada tempat oleh
*Kami tertarik dengan keindahan pantai itu.
Kami tertarik oleh keindahan pantai itu.

v.Kata nama atas digunakan pada tempat pada.
*Hidupnya masih bergantung atas orang tuanya.
Hidupnya masih bergantung pada orang tuanya.

vi.Pengunaan di dalam di hadapan kata nama abstrak
*Perkara itu perlu dihebahkan di kalangan masyarakat.
Perkara itu perlu dihebahkan dalam kalangan masyarakat.

vii.Penggunaan dua kata sendi berurutan dalam ayat
*demi untuk negara
demi negara
untuk negara
*mengenai
dengan hal itu
mengenai hal itu
*selain dari itu
selain
selain itu
*mengenai tentang
mengenai
tentang
*hingga
hingga
ke

viii.Kata sendi yang berawalan se- disertai dengan kata sendi yang lain
a.*Selain dari itu, dia berniaga secara kecil-kecilan.
Selain itu, dia berniaga secara kecil-kecilan.
b.*Cita-cita Ali setinggi dengan gunung.
Cita-cita Ali setinggi gunung.

ix.Menggugurkan se- pada satu bahagian frasa sendi
a.*Masalah itu akan diteliti dari semasa ke masa.
Masalah itu akan diteliti dari semasa ke semasa.
b.*Ilmunya bertambah dari tahun ke setahun.
Ilmunya bertambah dari setahun ke setahun.

x.Kata sendi pada kedudukan unsur yang kedua digugurkan dalam frasa sendi nama
setara yang tidak menggunakan kata hubung.
a.*Dia berjalan ke hulu hilir.
Dia berjalan ke hulu ke hilir.
b.*Saya berjalan kaki dari rumah sekolah.
Saya berjalan kaki dari rumah ke sekolah.

xi.Menggugurkan kata sendi  ke pada unsur yang kedua
a.*Bapa akan ke Ipoh atau Kedah.
Bapa akan ke Ipoh atau ke Kedah.
b.*Dia melihat ke atas dan bawah.
Dia melihat ke atas dan ke bawah.

xii.Kata hubung  keterangan manakala digunakan sebagai kata sendi dalam ayat.
*Manakala itu Presiden Bush terus mengarahkan tentera Bersekutu menyerang Iraq.
Sementara itu, Presiden Bush terus mengarahkan tentera Bersekutu menyerang Iraq.

xiii.Kata manakala ialah kata hubung keterangan bukan sebagai kata sendi.  Oleh itu, kata sendi yang sesuai menggantikan kata manakala dalam ayat di atas ialah kata sementara.

xii.Kata sendi di berada di hadapan kata nama yang bukan merujuk kepada tempat.
*di klangan pelajar
dalam kalangan pelajar
*di dalam petikan ini
dalam petikan ini
*di dalam fikiran saya
dalam fikiran saya

xiii.Kedudukan kata mengenai sebagai kata sendi harus diikuti oleh frasa nama dan bukannya frasa sendi.
*Mereka berbincang mengenai dengan hal itu.
Bentuk mengenai dengan tidak boleh digunakan sebagai kata sendi untuk menggantikan
tentang dalam ayat. Selain itu, kata mengenai ialah kata sendi dan kata dengan pun kata sendi.

xiv.Kekeliruan penggunaan pada dan kepada berlaku apabila di hadapan pada atau kepada terdapat kata kerja.
*bergantung kepada orang tuanya
bergantung pada orang tuanya
*tertakluk pada pindaan
tertakluk kepada pindaan
-Kepada di depan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja.
-Pada digunakan untuk kata kerja yang tidak menunjukkan pergerakan. 
Kata sendi kepada menyatakan sasaranyang merujuk kepada manusia, haiwan dan unsur mujarad.
*merujuk kepada perkara itu
merujuk pada perkara itu

xv.Kesalahan penggunaan kata sendi juga terdapat dalam ayat pasif. Hal ini berlaku apabila kata sendi oleh dalam ayat pasif digantikan oleh kata sendi dengan.
(a)*Beliau terharu dengan sikap prihatin yang ditunjukkan.
Beliau terharu oleh sikap prihatin yang ditunjukkan.
(b) *Pada sebelah petang, hujan akan turut disertai dengan ribut petir.
Pada sebelah petang, hujan akan turut
disertai oleh ribut petir.

No comments:

Post a Comment