BAHASA MELAYU 1
Pendahuluan
•Dalam kajian sintaksis, ayat dianggap sebagai unit pengucapan yang paling tinggi letaknya
dalam susunan tatabahasa.
•Walau bagaimanapun, dalam mengungkapkan sesuatu perkara (sama ada dalam bentuk lisan
atau tulisan ) seseorang individu tidak mengungkapkannnya dalam satu ayat
sahaja,tetapi gabungan atau jalinan beberapa ayat.
•Gabungan beberapa ayat ini akan membentuk kesatuan yang utuh dan kesatuan ini dinamakan
sebagai wacana.
Menurut Asmah Haji Omar:
•Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat.
•Oleh itu wacana boleh terdiri daripada:
vAyat
vSejumlah ayat
vCeraian
vBab
vSiri buku dan lain-lain
Menurut Harimurti Kridalaksana :
•Wacana merupakan satuan bahasa terlengkap dalam hierarki tatabahasa
yang tertinggi.
•Wacana dapat direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti :
vNovel
vBuku
vSiri ayat atau perenggan
ØOleh itu,dapatdisimpulkan bahawa wacanamerupakan
jalinan unit-unit bahasa yang tersusun rapi dan berkesinambungan bagi melahirkan kesatuan
bahasa yang utuh.
Dari segi hierarki tatabahasa, wacana dikatakan terletak dalamhierarki yang tertinggi selepas ayat.
Ini ditunjukkan oleh rajah di bawah:
Wacana-->Ayat-->Klausa-->Frasa-->Kata
Rajah: Hierarki tatabahasa
CIRI-CIRI WACANA
Menurut Beugrande dan Dressler (1981: 81), terdapat 7 ciri
ketekstualan yang perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang utuh iaitu :
vTautan
vRuntutan
vTujuan
vPenerimaan
vMaklumat
vKeadaan
vInterteks
TAUTAN
ØTautan atau Kohesi ialah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah wacana untuk menghasilkan wacana yang mantap.
•Keserasian hubungan ini lazimnya dilihat melalui hubungan antara sesuatu perkataan,frasa, atau ayat dengan perkataan dan sebagainya yang terdapat dalam wacana tersebut.
•Tautan penting kerana tautan dapat mewujudkan kesinambungan
antara sebahagian teks sehingga membentuk suatu wacana yang mempunyai kesatuan
yang mantap.
Contoh :
(i).Anis, Amir dan Alia ke perpustakaan.
(ii). Mereka ke sana untuk meminjam buku.
•Terdapat tautan antara kedua-dua ayat tersebut. Ganti nama mereka
dalam ayat kedua merujuk kepada Anis,Amir dan Alia,sementara sana merujuk kepada perpustakaan.
•Jadi ayat-ayat tersebut dianggap wacana.
RUNTUTAN
ØRuntutan merupakan kesinambungan idea atau asas yang terdapat
dalam sesuatu wacana sehingga menjadikan sesuatu teks itu bermakna.
Contoh 1:
Penyakit barah sudah lama dikesan. Penyakit ini merupakan
penyakit yang berbahaya dan dapat membawa maut.
ØContoh diatas jelas menunjukkan bahawa terdapat kesinambungan idea kerana ayat-ayat tersebut bertaut antara satu sama lain untuk membentuk wacana yang bermakna.
ØKebanyakan wacana mempunyai tautan untuk menjadikannya runtut. (bersesuaian)
Contoh 2 :
-Wanita itu membeli baju baharu berwarna biru.
-Warna biru ialah warna kegemaran muda-mudi kini.
-Muda-mudi kini ramai yang menghadapi masalah sosial.
•Berdasarkan teks diatas, setiap ayat mempunyai tautan. Tetapi teks
tersebut tidak merupakan wacana kerana teks tersebut tidak bermakna dan tidak difahami.
•Malahan teks tersebut tidak mempunyai kesinambungan idea atau
tidak koheren.
•Oleh itu, untuk menghasilkan wacana, ayat-ayat yang terlibat perlulah sepadan atau runtut. Iaitu mempunyai kesinambungan antara satu sama lain.
TUJUAN
1. Wacana yang ditulis oleh seseorang penulis atau diucapkan oleh seseorang
penutur itu adalah berdasarkan sesuatu tujuan.
2. Gaya penyampaian yang digunakan oleh penutur atau penulis untuk memenuhi
tujuan yang berkaitan adalah berbeza-beza.
3. Misalnya, gaya yang tertentu digunakan dalam menyampaikan ceramah
, iaitu bertujuan mendedahkan maklumat yang khusus.
4. Begitu juga, gaya yang berbeza digunakan dalam
pidato atau perbahasan,iaitu bertujuan untuk meyakinkanpendengar atau pembaca agar
bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan melalui wacana itu.
5. Selain itu, penulis atau penutur menggunakan struktur ayat dan nada yang
tertentu untuk mencapai tujuannya. Misalnya, ayat perintah digunakan untuk
tujuan suruhan, ayat silaan untuk mempelawa, dan sebagainya.
Contoh :
(i) “ Jemputlah masuk dahulu. Sila tunggu di ruang tamu. Sebentar lagi Encik
Ahmad akan kembali ke pejabat.”
(ii) “ Mengapa semua orang senyap seperti kena pembungkam? Sejak tadi
kedengaran riuh rendah seperti kapal karam!”
PENERIMAAN
1. Sesuatu wacana sama ada lisan atau tulisan, perlu mempunyai pendengar atau
pembaca. Pendengar atau pembaca merupakan penerima sesuatu wacana.
2. Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika pendengar atau pembaca
memahami sepenuhnya wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk lisan
atau tulisan.
3. Oleh itu, tahap penerimaan adalah tinggi apabila tahap tujuan sama dengan tahap penerimaan.
MAKLUMAT
1. Setiap ayat dalam wacana perlu mengandungi maklumat baharu yang tiada
dalam ayat sebelumnya.
2. Tautologi, iaitu pengulangan kata atau idea adalah tidak wajar dalam sesuatu
wacana.
3. Maklumat yang terdapat dalam sesuatu wacana dapat dibahagikan kepada
dua, iaitu maklumat lama dan maklumat baharu.
4.Maklumat lama ialah maklumat yang telah dinyatakan pada peringkat awal, dan
diulang dalam konteks yang berikutnya, manakala maklumat baharu pula ialah
maklumat yang baharu sahaja dinyatakan.
Contoh:
(i). Abu memakai kasut baharu.
(ii). Kasut itu dibeli oleh ayahnya.
5. Kasut itu merupakan maklumat lama kerana telah dinyatakan dalam
ayat sebelumnya, manakala dibeli oleh merupakan maklumat
baharu kerana maklumat itu baharu sahaja diketahui oleh pendengar atau pembaca.
6. Walau bagaimanapun, maklumat yang terdapat dalam wacana tidak
seharusnya bertentangan maksud dengan perkara yang dinyatakan sebelumnya.
KEADAAN
1. Keadaan berkaitan dengan faktor untuk menjadikan sesuatu wacana itu
relevan dengan situasi ujaran.
2. Sesuatu wacana yang diujarkan perlulah sesuai dengan keadaan, pemilihan
perkataan, frasa atau ayat adalah penting.
INTERTEKS
1. Interteks merujuk kepada sesuatu wacana yang sifatnya bergantung pada
wacana yang lain.
2. Dengan cara ini, mudah bagi seseorang untuk memahami wacana yang
didengar atau dibacanya.
Contoh:Lapisan ozon memainkan peranan penting dalam melindungi kepelbagaian
hidupan di bumi. Kehilangannya akan mengundang bencana alam yang akan
membawa padah kepada penduduk dunia. Oleh itu, langkah yang drastik wajar
diambil sebelum terlambat.
3. Kesimpulannya, kefahaman seseorang terhadap sesebuah wacana bergantung
kepada pengetahuannya terhadap perkara yang sedang dibaca atau didengarinya
itu.
PENANDA WACANA
1. Penanda wacana penting dalam sesebuah teks kerana penanda wacana dapat
mewujudkan pertautan atau kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain
sehingga membentuk kesatuan.
2. Penanda wacana dalam bahasa melayu terdiri daripada :-
a)Penanda Lesikal
b)Penanda Rujukan
c)Penanda Penghubung
d)Penanda Penggantian
e)Elipsis
PENANDA LEKSIKAL
1. Penanda leksikal melibatkan pertautan antara perkataan atau frasa secra semantik
(makna) dalam sesebuah wacana. Penanda leksikal melibatkan unsur pengulangan kata.
2. Pengulangan kata yang terlibat ialah:
a)Pengulangan unsur yang sama bermaksud setiap kata diulang secara penuh tanpa melakukan sebarang perubahan.
Contohnya:Ibu amat menyayangi abu,Kami juga amat menyayanginya.
Huraian : berlaku perulangan secara penuh bagi perkataan menyayangi.
b) Pengulangan sinonim bermaksud pengulangan kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama.
Contohnya:
Suatu ketika dahulu wanita itu amat dikaguminya.
Tetapi kini, wanita itu dianggapnya sebagai perempuan murahan.
Huraian: Perkataan wanita dan perempuan merupakan perulangan kata yang
bersinonim.
c) Pengulangan Hiponim
-Bermaksud pengulangan yang melibatkan hubungan antara makna khusus
dan makna yang umum.
-Makna yang umum disebut sebagai superordinat.
-Makna yang khusus disebut sebagai hiponim.
Contohnya:
Malaysia telah mengimport pelbagai kereta dari luar negara.
Antaranya Honda, Nissan, Toyota dan Volvo.
Huraian: Berdasarkan contoh diatas, kereta merupakan superordinat.
Manakala Honda, Nissan, Toyotadan volvo merupakan hiponim.
d) Pengulangan Kolokasi
-melibatkan kehadiran sekumpulan kata yang saling berkait dengan sesuatu
idea,topik,situasi atau korteks.
-Melibatkan hubungan leksikal selingkungan.
-Contohnya:
Keluarga Encik Rahman baru berpindah rumah. Mereka membeli katil,
meja dan kerusi baharu.
Huraian : Katil, meja dan kerusi dikatakan sebagai berkolokasi kerana
perkataan ini mempunyai lingkungan yang sama, iaitu perabot.
PENANDA RUJUKAN
1.Penanda rujukan melibatkan rujukan terhadap
a)Ganti nama diri
-melibatkan ganti nama diri orang pertama, kedua dan ketiga.
Contoh:Aku, Udin dan Sani akan ke Kuala Lumpur.Kami akan bertolak pada pukul 4 petang.
Huraian: Perkataan kami merupakan kata ganti nama diri bagi aku, Udin dan Sani.
b) Ganti nama tunjuk
-Bermaksud perkataan yang membawa maksud menunujukkan benda dan
perkara.
-Penanda penunjuk terdiri daripada ini, itu, sini atau situ.
Contoh:
Di manakah awak tinggal ?
Saya tinggal di sana.
PENANDA PENGHUBUNG
1.Penanda penghubung berfungsi sebagai penjalin unsur-unsur linguistik
seperti perkataan, frasa, atau ayat yang terdapat dalam sesebuah wacana.
2. Penanda penghubung terdiri daripada :-
a)Penghubung tambahan
-merupakan penghubung yang memberikan maklumat tambahan terhadap
sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya.
-contoh penghubung tambahan seperti dan, malahan tambahan pula, lebih-
lebih lagi, di samping itu dan selanjutnya.
b) Penghubung tentangan
-bermaksudpenghubungyang menunjukkanpertentanganmaklumatantara
suatuayatyang barudiperkatakandenganayatsebelumnyadalamsesebuah
wacana.
-contoh penghubung tentangan ialah tetapi, sebaliknya,namun dan
walaubagaimanapun.
c) Penanda penghubung musabab
-ialah penanda yang merupakan sebab berlakunya sesuatu.
-contoh penandamu sebab ialah kerana, oleh sebab, dan oleh itu.
C) Penanda penghubung tempoh
-ialah penanda penghubung yang menunjukkan urutan masa atau siri
Berlakunya sesuatu.
-contoh penanda penghubung tempoh ialah pertama, kedua, ketiga,
kemudian,selanjutnya dan sebagainya.
PENANDA PENGGANTIAN
1.Penanda penggantian terdiri daripada penanda penggantian nominal, verbal
dan klausa.
2. Penggantian nominal ialah penggantian yang dilakukan terhadap kata nama
atau frasa nama.
3.Penggantian verbal melibatkan penggantian terhadap kata atau frasa kerja.
4.Penggantian klausa pula melibatkan penggantian sebahagian daripada ayat.
Contohnya;
Saya sengaja tidak mahu menebang pokok durian itu.
Nanti baru saya lakukan.
Huraiannnya: Dalam contoh di atas, perkataan lakukan mengggantikan sebahagian ayat
sebelumnya, iaitu menenbang pokok durian itu.
Penggantian sepertiinimerupakan penggantian klausa.
ELIPSIS
1.Elipsis melibatkan pengguguran kata atau frasa yang telah dinyatakan dalam
ayat sebelumnya.
2.Ini bererti pengguguran kata atau frasa melibatkan maklumat yang telah
diketahui oleh pembaca atau pendengar berdasarkan konteksnya.
3.Contohnya:
Pemuda itu kelihatan resah.Tidak tahu arah mana yang harus ditujuinya.
4. Huraiannya: Dalam contoh diatas, frasa pemuda itu tidak diulang dalam
ayat kedua. Walaupun ayat kedua tidak menyatakan unsur yang sama
seperti ayat pertama, tetapi ayat kedua ini masih difahami.
JENIS-JENIS WACANA.
1. Wacana dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
a) Wacana lisan
-bermaksud wacana yang dihasilkan melalui media lisan, iaitu melibatkan
pembicara dan pendengar.
-Komunikasi yang terlibat ialah komunikasi interaktif, iaitu komunikasi yang
melibatkan pembicara dan pendengar secara langsung.
-Pembicara biasanya akan menggunakan ekspresi wajah, intonasi suara, gerak
badan dan sebagainya untuk meenyampaikan sesuatu maklumat kepada pendengar.
-Pembicara akan mendapat respons daripada pendengar pada ketika itu juga.
-Antara contoh wacana lisan adalah menerusi perbualan, temu ramah, ceramah,
khutbah, pidato, dan siaran televisyen atau radio.
b) Wacana tulisan
-bermaksud wacana yang disampaikan secara bertulis.
-Melibtakan hubungan antara penulis dengan pembaca.
-Komunikasi yang terlibat ialah komunikasi tidak langsung, iaitu komunikasi
satu arah.
-Penulis tidak mendapat respons secara langsung daripada pembaca.
-Pembaca perlu membaca teks yang ditulis untuk memahami maksud yang
Ingin disampaikan oleh seseorang pengarang aatu penulis.
-Antara wacana tulisan ialah tulisan-tulisan yang terdapat di dalam akhbar,
majalah dan buku.
PENUTUP.
§Wacana bukan sekadar di peringkat ayat, malahan meliputi perenggan,
bab, buku dan siri buku.
§Tujuh ciri ketekstualan perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang
baik sama ada dalam penghasilan penulisan atau pengucapan.
§Sesebuah wacana yang baik perlu memperlihatkan pertautan dan
kesinambungan.
§Idea ini bukan sekadar antara ayat dengan ayat atau antara satu
perenggan, bahkan antara satu bab dengan bab yang lain.
§Hal ini penting untuk memperlihatkan kesatuan bagi menghailkan wacana
No comments:
Post a Comment